Translate

Ahad, 6 September 2015

FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA


FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA
Antara faedah yang boleh diperoleh dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
  • Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
  • Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Murid belajar menghargai kesihatan.
  • Doktor Muda memperoleh dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
  • Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan Doktor Muda.
  • Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
  • Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
  • Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
  • Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
  • Sekolah bersih.
  • Sekolah bebas Aedes.
  • Imej sekolah meningkat

AKTIVITI DOKTOR MUDA


  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan

Objektif Doktor Muda

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti ko-kurikulum merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah.
OBJEKTIF
  1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
    • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
  2. Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  3. Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  4. Mempertingkat kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

Sejarah Doktor Muda


Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian.

LATAR BELAKANG DOKTOR MUDA


Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.